Kedai jual kotak kosong untuk pindah rumah dan pejabat?
Show all

Tips pindah rumah

31 Tips pindah rumah yang ohsem : Panduan mudah yang anda boleh guna hari ni.

Dah bersedia nak pindah rumah baru? Mesti rasa seronok dan dah bayangkan betapa bestnya duduk dekat rumah baru tu. Supaya anda tidak kelam kabut nanti, kami share sedikit tips untuk ada bersedia sebelum pindah nanti.


1. Jika dapat masuk awal sebelum pindah, bersihkan dahulu rumah baru tu.


maidsalamode.com

Jika anda pindah ke rumah sewa boleh bersihkan dulu bilik air dan dapur. Nanti bila dah masuk senang sikit dah penat boleh terus guna sahaja.
Bersihkan juga bilik-bilik semua tu supaya senang masuk barang nanti. Yang masuk rumah baru tu pun kena bersihkan dulu juga.


2. Periksa utiliti rumah baru.


dlelectricalservices.com


Kalau rumah sewa periksa ada air dan elektrik tak. Karang naya je kalau tak ada. Boleh beritahu tuan rumah untuk uruskan secepat mungkin. Kalau rumah baru pastikan daftar perkhidmatan awal ya.


3. Ambil gambar terkini rumah baru dan perkakasan yang ada.


turncleanservices.com


Periksa semua bahagian rumah / perkakasan jika ada kerosakan yang sedia ada dan ambil gambar sebagai rujukan kepada tuan rumah (kalau sewa) dan kepada pemaju untuk rumah baru.


4. Renovasi rumah.


homelight.com


Proses renovasi rumah biasa akan terlebih dari masa yang dijangkakan. Jadi kena mulakan awal. Baik renovate, cat atau baiki awal sebelum barang-barang masuk. Lebih mudah nak buat kerja nanti.


5. Perancangan susun atur perabut.


thebudgetdecorator.com


Buat rancangan susun atur perabut. Susah nak angkat pindah berulang kali , jadi masa barang bawa turun dari lori boleh terus letak dekat tempat yang betul.
pun boleh tahu awal sama ada perlu beli baru atau boleh pakai yang sedia ada. Contohnya rumah baru ada ‘built in cabinet’ dah tak perlu bawa almari lama.


6. Buat senarai semak.


flickr.com


Bila nak pindah rumah ada bermacam benda perlu dibuat. Memang tak dapat nak ingat semua. Tulis semua perkara yang perlu dibuat dan tick je nanti bila sudah selesai.


7. Buat jadual pindah di kalendar.


darlingdoodlesdesign.com


Beli kalendar besar untuk tulis perkara yang nak buat tu hari apa.
Isnin: Beli kotak pindah
Selasa : Kemas stor bawah
Rabu: Cari lori pindah


8. Pilih hari yg sesuai untuk pindah


mdtnext.in


Kalu boleh booking awal lori senang nak buat plan nanti. Jangan pula pilih tarikh yang tak sesuai contohnya berpindah ke area batu caves bila time cuti thaipusam. Memang tersangkutlah nanti.


9. Kebenaran masuk untuk pindah.


investasian.com


Pastikan juga anda ada kebenaran pindah masuk ke rumah baru dengan lori tu sekali ya. Ada sesetengah tempat (biasanya apartment atau Kondominium) hari tertentu sahaja boleh pindah barang. Jadi perlu pastikan dulu ya.


10. Cari jalan yang terbaik ke rumah baru.


cottagelife.com


Jika kawasan berdekatan tak ada masalah, Cuma bila kawasan yang kita tak biasa kita boleh periksa awal. Area mana nak lalu atau masuk. Memang boleh pakai Waze tapi mana tahu ada pembaikan jalan ke apa dapat tahu awal memang membantu.


11. Buat sedikit kajian untuk lori pindah


tesla.com


Dapatkan beberapa sebutharga untuk dapat tahu harga pasaran terkini. Yang penting anda perlu berkomunikasi dengan pengusaha lori untuk mereka tahu jenis lori yang anda perlukan. Hati –hati sikit ya banyak juga sekarang ni dijanjikan harga lain nanti bila dah angkat barang harga lain pula dicaj. Pastikan betul-betul harga dan terma serta syarat supaya jelas nanti.


12. Pack sendiri barang anda.


updater.com


Jika anda ada masa, anda boleh pack sendiri barang untuk menjimatkan kos. Ada ‘movers’ yang menyediakan perkhidmatan ni. Kalau perlu juga servis mereka bungkuskan, anda beli barang pembungkusan di tempat lain dahulu untuk mereka gunakan. Jimat banyak pasal harga kotak dan material pembungkusan mereka caj tinggi. Cadangan, anda boleh beli semua barang pembungkusan dengan harga berpatutan di kotakmurah.com


13. Kemaskini alamat baru awal.


gkhouses.com/


Biasanya semua akan buat ni untuk utiliti , Astro dan internet. Jangan lupa banyak lagi seperti Cuckoo, insurans, bank, pelaburan, akaun online shopping ke.. mana tau dah pindah rumah baru barang Shopee sampai rumah lama.


14. Berhenti beli barang makanan seminggu sebelum pindah.


makespace.com


Dah nak pindah elak membeli terlampau banyak sebelum nak pindah. Nanti rugi pula nak kena buang.


15. Dapatkan kotak dan tape.

Cari di dalam rumah kalau-kalau ada kotak kotak yang boleh digunakan. Sekarang ni susah sikit nak dapat kotak dekat kedai-kedai. Kalau ada pun saiz tak besar atau kotor. Sebaiknya pakai kotak baru. Boleh beli semua barang keperluan pindah dkt Kotak Murah Dot Com. Walk in area Kl atau boleh courier delivery seluruh semenanjung.


16. Beli stretch film.


Beli stretch film


Perlu ada ni untuk balut sofa , perabut takut kotor atau bercalar. Kalau pindahkan tilam boleh balut. Elak dari kotor ketika proses pemindahan tu nanti. Bawa naik lori nt bergesel-gesel atas lantai.


17. Labelkan kotak dan tempat untuk dipindahkan.


funkyfrugalmommy.com


Rahsia mudah nak jumpa semula barang yang dah kemas ialah dengan melabel kotak dengan jelas . Tulis disebelah tepi kotak supaya mudah di lihat ketika kotak disusun. Label mengikut bilik dan kategori barang, contohnya bilik adik- baju, buku – ruang tamu dan sebagainya. Senang nak terus mengangkat ke tempatnya nanti.


18. Buat sistem bernombor.


resolutionsorganizing.com


Kalau rasa rajin sedikit boleh buat sistem bernombor untuk kotak cthnya #11 dan tuliskan senarai barang di dalamnya. Bila nak keluarkan barang senang sikit pasal dah boleh rujuk semula kotak yang mana. Satu lagi kelebihan bila pindahkan barang nanti boleh tau kotak apa yang hilang atau di curi.


19. Ambil gambar sambungan perkakasan elektrik.


www.pcsemi.com


Untuk saya biasanya tiada masalah untuk pasang barang elektronik sendiri, tapi untuk mengelakkan kekeliruan pasal danh buang manual sebelumnya, boleh ambil gambar penyambungan peralatan elektronik seperti komputer, cabel router wifi dan sebagainya untuk mudah pasang semula.


20. Buat keputusan untuk buang atau derma barang yang tak diperlukan.

vplasticsoupfoundation.org


Bila dah buat keputusan awal ada masa untuk mereka untuk ambil (derma/ bagi rakan). Kalau last minute nak uruskan pengangkutan takut tak sempat pula.


21. Jual barangan dan perkakasan awal.

vwellkeptwallet.com


Jika ada barang yang tidak diperlukan lagi tetapi rasa seperti berharga untuk dilepaskan boleh cuba menjual di Mudah.my, Carousell atau Facebook Marketplace.


22. Membalut pintu dan laci almari.


blog.boxesaz.com


Satu cara lagi kalau tak nak keluarkan semua laci ketika nak pindah boleh balut terus dengan stretch film tadi jadi senang nak angkat sekali laci tu. Tak lah terbuka atau jatuh nanti.


23. Kalau boleh pindah barang sensitif sendiri.


hoy.com.do


Biasanya dicadangkan kalau boleh barang sensitif atau berharga kita bawa pindah sendiri untuk mengelakkan dari rosak. Contohnya TV flat screen atau tembikar tembikar dinasti Ming anda.


24. Cari semula kotak perkakasan lama.


howtogeek.com


Cuba selongkar stor tu mana tau ada simpan kotak TV yang lama boleh pakai semula.


25. Minta bantuan awal.


redtri.com


Bila nak berpindah ni banyak benda nak kena buat jika perlukan bantuan keluarga, saudara atau kawan beritahu awal untuk mereka bersedia, jangan seminggu nak pindah baru minta tolong. Mana tahu mereka pun dah ada plan untuk hari tu. Serba salah pula mereka nak tolak nanti.


26. Buat salinan dokumen penting.


flickr.com


Masukkan salinan dokumen penting di dalam kotak atau beg berlainan takut rosak / hilang /di curi ketika dalam transit pindah tu nanti. Leceh sikit nak buat salinan Pasport, sijil lahir dokumen penting yang lain, tapi lebih baik bersedia awal supaya tak susah nanti kalau jadi apa-apa.


27. Defrost peti ais sehari sebelum pindah.


flickr.com


Jika dah defrost, ada masa untuk bersihkan dahulu peti ais selepas tu. Peti ais bila tutup elektrik kalau tak bersih dan basah, baunya…


28. Pastikan anda ada ketika barang di turunkan ke rumah baru.


organizingboston.com


Pastikan ada chief mandur (Anda / keluarga) ketika proses pemindahan barang . Kena pantau proses bawa turun barang dan letak ke bahagian mana , barang sampai ok ke tidak.


29. Pastikan semua barang sudah tersedia awal sebelum lori sampai.


amazingmoves.com


Bila anda masih mengemas bila lori dah sampai nanti kebiasaannya akan jadi kelam kabut sikit dan barang akan mudah hilang/ tak dapat cari pasal nak cepat kemas. Jadi kalau boleh ikut jadual yang dah buat ya.


30. Bersihkan semula rumah lama anda.


moving.tips


Kalau duduk rumah sewa, untuk dapat kembali deposit anda perlu bersihkan dan baiki semula apa yang patut seperti sebelum anda masuk. Dengan ini pun dapat jaga hubungan baik dengan tua rumah anda.


31. Ruang stor lebih.


benzinga.com


Jika dalam proses mengemas ni ada banyak pula barang yang nak simpan tetapi tak muat atau tak nak simpan dekat rumah baru boleh menyewa ruang stor seperti Extra Space, Flexi Storage dan banyak lagi.

Your Cart