FAQ / SOALAN YANG SERING DITANYA
1Kotak baru atau terpakai?
Kami hanya menjual kotak baru sahaja.
2Apakah saiz kotak yang dijual?
Kotak pindah standard jenis single layer dan double layer ini mampu untuk menampung berat antara 5kg hingga 30kgbergantung kepada jenis kotak dan saiz ideal untuk kotak pindah adalah sekurang-kurangnya 18 inci ke atas dimana ianya mudah diangkat dan disimpan.
3Adakah kotak ini sesuai untuk file pejabat?
Sedia maklum bahawa file abba yang biasa digunakan di pejabat ialah 2inci dan 3inci. Jika 2inci, 9 file dapat dimasukkan secara menegak dan 4 file diatasnya. Jika 3inci, 6 file dapat dimasukkan secara menegak dan 3 file diatasnya.
4Harga sekotak?
Harga bermula dari RM1.20 sahaja mengikut jenis dan ketebalan kotak.
5Ada diskaun untuk belian lebih daripada 100pcs keatas?
Ya ada. boleh datang dan lihat harga untuk jenis kotak yang ingin dibeli.
6Bagaimana nak beli?
COD. Anda boleh datang terus ke kedai kami. Disarankan hubungi kami terlebih dahulu melalui WhatsApp untuk sebarang update. ONLINE. Lihat lanjutan
7Boleh saya buat bayaran atas talian?
Ya boleh. Bayaran boleh dibuat melalui Maybank2u atau secara pembelian online Lihat lanjutan
8Ada servis penghantaran?
Kami menggalakkan COD di kedai kami untuk mengelakkan pelanggan berbelanja lebih. Sekiranya memerlukan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur, kami akan menggukanan khidmat Lalamove. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Lihat lanjutan
9Ada servis penghantaran luar lembah klang?
Dengan permintaan yang sangat tinggi lebih-lebih lagi dari negeri pantai timur dan utara, kami kini boleh membuat penghantaran ke mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia sahaja.
Kami berjaya mendapatkan kos yang sangat minima untuk penghantaran agar tidak membebankan pelanggan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Lihat lanjutan
10Berapa lama penghantaran dibuat?
Jika tempahan dan bayaran diterima sebelum jam12 tengah hari, tempahan anda akan diproses pada hari yang sama. Kami menggunakan courier Gdex / BBB express / Best Express bergantung kepada size kotak yang di beli.
Pihak courier akan mengambil dan memproses penghantaran pada hari berikutnya. Biasanya dalam 2-5 hari bekerja anda akan menerima kotak anda.